Program Projek SHE pada hari ini dimulakan dengan aktiviti santai pertandingan bowling bersama Atlet Wanita Podium Negeri Perak. Inisiatif ini bukan sekadar memperkukuh semangat berpasukan, tetapi juga memberi ruang kepada Atlet SUKMA Wanita Negeri Perak untuk menonjolkan keperibadian serta potensi sebenar mereka, baik di dalam mahupun di luar arena sukan.
Projek SHE menjadi platform penting dalam membentuk jati diri, keyakinan, dan solidariti dalam kalangan atlet wanita negeri Perak
Tarikh : 30 Oktober 2025
Masa : 9.00 Pagi – 6.00 Petang
Tempat : Ampang Superbowl, Ipoh Parade & Hotel Exelsior












